SElaMaT DaTaNg......

Semoga dapat bahan yang dicari...

Jumaat, 1 Julai 2011

mural n lukisan dinding pilihan...

 kene kreatif baru jadikkkk......


 hasil contengan aq di skbp..banyak ag..nanti upload...

era baru....15.06.2011..

tarikh ni..aq ditukarkan tmpt keje ke SK Telaga...sebelum ni ngajar di SKBPerah selama 14 tahun....now....berubanh angin.....
so kita tgk r mcmana perjalanan di sekolah baru ni......

Sabtu, 9 April 2011

indhnya raya 2010

 salam...suka tgk anak2 membesar depan mata....dengan pelbagai kerenah..peel..telatah....




Isnin, 4 April 2011

REFLEKSi BIG


   
   INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
      KAMPUS DATO’ RAZALI ISMAIL

    Institut Gemilang Pelajar Cemerlang

NAMA                    :   ZAMANEE @ ZAWANEE BINTI MUHAMMAD 
NO K/P                  :   731109-11-5194
NO MATRIKS        :  122809
UNIT                      :   MUZIK



       
PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH
SEMESTER 4 TAHUN 2008/2012

 


REFLEKSI PROGRAM BINA INSAN GURU ( BIG ) KE 2
PGSR AMBILAN NOVEMBERI 2008



Pada 25 November sehingga 26 November 2010 yang lepas, saya telah menjalani program Bina Insan Guru (BIG) yang dianjurkan oleh Institut Perguruan Guru Kampus Dato Razali Ismail bertempat di Pantai Teluk Ketapang, Batu Rakit Kuala Terengganu.. Banyak pengalaman dan pengetahuan baru yang dapat saya timba sepanjang program ini dijalankan.
Pada hari pertama program ini dijalankan di dewan IPG sahaja.  Program ini bermula pada jam 2.30 petang dan  melibatkan kaedah perbengkelan dan perbentangan.  Seluruh pelajar PGSR Muzik, Sains, Matematik, Bahasa Melayu dan Pengajian Agama Islam telah dibahagikan kedalam kumpulan kecil dan setiap aktiviti yang berlangsung haruslah mengikut kumpulan yang ditetapkan.  Kami semua diberi tajuk yang berlainan berkaitan dengan profesion keguruan.  Kumpulan PGSR Muzik telah membuat dan membincangkan tajuk yang diberi secara berkerjasama dan pengumpulan idea dari semua ahli kelas.  Setelah  satu jam perbincangan, kami diminta membentangkan hasil perbincangan tersebut di dewan IPG.  Sememangnya setiap aktiviti yang dijalankan memberikan pengalaman baru kepada saya.  Aktiviti ini berjaya dilaksanakan dan kami bersurai lebih kurang jam 5.30 petang.
 Aktiviti yang paling menarik minat saya sepanjang program Bina Insan Guru ini berlangsung ialah aktiviti khidmat komuniti yang dijalankan pada hari kedua. Aktitviti ini telah dibimbing oleh pensyarah-pensyarah yang berpengalaman. Sebelum aktiviti gotong-royong  ini dijalankan, En. Sabri selaku penyelaras PGSR  telah memberi penerangan mengenai khidmat komuniti yang bakal dilaksanakan iaitu aktiviti gotong-royong di Pantai Teluk Ketapang, Batu Rakit, Kuala Terengganu.   Beliau juga memberi  tugasan kepada kami iaitu membersihkan kawasan perkelahan tersebut dalam masa yang ditetapkan. 
 Kumpulan yang mendapat timbangan terberat akan diumumkan sebagai juara pada hari tersebut.  Pada jam 8.00 pagi, semua pelajar PGSR telah bergerak menuju ke pantai Teluk Ketapang dengan menggunakan kenderaan masing-masing.   
Pada mulanya terlintas di fikiran saya bahawa tugasan yang diberikan ini terlalu mudah untuk diselesaikan. Penerangan yang diberikan oleh pensyarah saya dengar dengan teliti.  Ketibaan kami di Pantai Teluk Ketapang itu diiringi oleh hujan renyai-renyai.  Namun begitu ianya tidak mematahkan semangat kami untuk memberi sumbangan meneruskan aktiviti yang dirancang tersebut..  Aktiviti gotong royong tersebut terus berjalan seperti yang dirancang.  Kumpulan PGSR berpecah dengan dibekalkan plastik sampah, kami memulakan aktiviti memungut sampah di pantai tersebut..  Kami telah bergerak dalam kumpulan masing-masing.
Sepanjang aktiviti kembara ini berlangsung, kami dalam satu kumpulan telah telah belajar erti kerjasama dengan berganding bahu, tolong menolong antara satu sama lain memikul segala peralatan yang dibawa. Aktiviti yang dijalankan ini juga memberi kesedaran kepada kami semua mengenai betapa peri pentingnya menjaga alam sekitar. Alam sekitar yang bersih dan tidak tercemar di sepanjang kawasan membuatkan kehidupan lebih menarik dan sihat .Kami  berjaya menyempurnakan tugasan dengan jayanya dan berdedikasi serta bekerjasama dalam satu kumpulan menyiapkan tugasan yang diberikan.

Jam menunjukkan pukul 12 tengahari dan cuaca menjadi semakin baik.  Setelah selesai semua tugasan yang diberikan, kami dibenarkan untuk berehat.
Kami diberikan makan tengahari dan kami menjamu selera setelah penat bekerja bersama-sama.  Segala keriuhan dan gelak ketawa mengiringi sepanjang program berjalan.  Melihatkan riak wajah rakan-rakan kumpulan yang begitu riang walaupun kepenatan membuatkan saya gembira dengan aktiviti yang dijalankan ini. Sememangnya aktiviti gotong -royong yang dijalankan ini memberi banyak pengalaman dan pengetahuan baru dalam diri saya. Saya juga mula dapat menghayati betapa peri pentingnya menjaga alam sekitar. Pengalaman yang saya perolehi bersama rakan-rakan juga tidak akan dapat saya lupakan. Secara rumusannya, Aktiviti ini telah mengajar kami erti persahabatan, nilai kerjasama, tolong menolong, berdikari dan bertanggungjawab. Saya harapkan program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang agar bakal-bakal guru dapat memperolehi dan memanfaatkan ilmu yang berguna ini.
s







                      
























 































Ahad, 3 April 2011

HiDUp HanYa SemenTara...

hari ni d kejutkan dengan berita kematian seorg teman...cg Suraya....kt SKBP dulu..
meninggal akibat xcdent....anaknyer 3 org parah....macam tak caya....sekelip mata jer...

Tapi nok wat gane...ketentuan Tuhan....